Tuesday, November 30, 2010

SABAH NEGERI DI BAWAH BAYU




Sabah adalah sebuah negeri yang terletak di bahagian utara Kepulauan Borneo dan merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak.
Sabah juga dikenali sebagai 'Negeri Di Bawah Bayu' kerana kedudukan negeri tersebut yang berada di bahagian luar dan selatan zon ribut.





Etimologi
Asal-usul nama ‘Sabah’ diperolehi daripada sejenis tanaman iaitu pisang yang dikenali sebagai ‘pisang saba’ iaitu sejenis buah pisang yang dipanggil "SABBAH " atau "SAPPAH" oleh masyarakat kaum Bajau, yang sangat popular dibuat pisang goreng. Pisang ini banyak ditanam di sepanjang pantai barat Sabah sebagai sumber makanan. 'Pisang saba' juga dikenali sebagai 'jaba' oleh masyarakat Bajau di negeri tersebut. Kini 'pisang saba' lebih dikenali sebagai pisang menurun.
Menurut legenda dari masyarakat Bajau di Ѕabah, perkataan SABAH mula-mula digunakan oleh masyarakat Вajau di sekitar antara pesisir pantai barat dan pantai timur Ѕabah hinggalah ke kepulauan Ѕulu pada zaman dahulu dan telah mengambil keputusan untuk menetap di tempat tersebut iaitu Ѕabah dan enggan kembali ke Ѕulu apabila pertahanan dan tentera Кerajaan Ѕulu di Tawi-Tawi yang merupakan Pusat Pertahanan Terakhir Kerajaan Sulu telah mengalami kekalahan di tangan tentera Sepanyol yang ketika itu sedang berperang dengan Кerajaan Sulu dengan bantuan tentera British dan Kerajaan Brunei.Datu Paduka Mat Salleh pahlawan Sabah terbilang bersama-sama dengan pengikutnya yang terdiri daripada pahlawan-pahlawan Bajau ,Ѕuluk dan Irranun telah mendarat di Kinabatangan. Sewaktu sampai di Kinabatangan mereka telah menjumpai pohon-pohon pisang yang tumbuh subur di kawasan Sungai Kinabatangan. Mereka tidak mengetahui nama sebenar dan jenis pokok pisang yang mempunyai buah yang bersegi-segi dan agak besar itu.Dalam bahasa Bajau di Ѕabah, buah pisang disebut sebagai Sabbah atau Sappah. Mereka seringkali menyebut dan menamakan tempat yang mula-mula mereka tempati itu sebagai Sabah dan nama itu terus digunakan dalam bahasa harian mereka sehingga ia digunakan untuk merujuk negeri yang ada pada masa sekarang.
Nama 'Sabah' pertama kali digunakan pada abad ke-15 oleh para pedagang yang mengembara di antara Kepulauan Borneo Utara hingga ke kepulauan Sulu di Selatan Filipina. Pendek kata, nama 'Sabah' telah pun digunakan sejak sebelum kedatangan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British dan British lagi.
Setelah negeri Sabah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara, nama 'Sabah' telah ditukar kepada Borneo Utara secara rasmi pada tahun 1881. Ibu negeri Sabah yang pertama ialah Kudat ( 1881 ). Walau bagaimanapun, nama 'Sabah' kembali digunakan pada tahun 1963 selepas negeri tersebut menyertai Malaysia.
Catatan puisi Jawa Nagarakertagama yang dikarang oleh Prapancha pada tahun 1365 menyebut Sabah sebagai 'Seludang'. Dalam catatan Marco Polo sewaktu beliau singgah di Borneo, Sabah (Brunei)ketika itu dikenali sebagai "BURNI" yang mungkin merujuk kepada Pulau Borneo.


Geografi Sabah
      Sabah negeri yang kedua terbesar di Malaysia terletak di utara kepulauan Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia. Sabah meliputi kawasan seluas 73,500 kilometer persegi dengan pantai sepanjang 14,400 kilometer dengan Laut China Selatan terletak di pantai barat, Laut Sulu  di sebelah timur laut dan Laut Celebes di sebelah selatan.
Sabah adalah satu kawasan berbukit bukau. Kawasannya yang bergunung-ganang disilangi dengan sungai-sungai yang mengalir melalui lembah-lembah menerusi dataran tanah yang subur. Banyak gua ditemui di hutan-hutannya. Gunung Kinabalu yang tertinggi di Asia Tenggara tersergam indah dengan ketinggian 4,101 meter.
Sabah terdiri daripada 6 daerah pentadbiran yang dipanggil "Residensi" iaitu:Kudat, Pantai Barat - Utara & Selatan, Pedalaman, Sandakan dan Tawau. Bandar-bandar utama di Sabah adalah Kota Kinabalu (ibu negeri), Keningau, Papar, Sipitang, Kota Belud, Tuaran, Penampang, Semporna dan Lahad Datu.

 
Sejarah Sabah
Sabah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (British North Borneo Chartered Company) pada 1881 dan menjadi sebuah negeri naungan Empayar British pada 1888. Walaubagaimanapun hal ehwal dalam negeri masih diselaraskan oleh Syarikat. Pemerintahan Syarikat tamat pada 1946 dan ia menjadi tanah jajahan Borneo Utara sehingga penyertaanya dalam Persekutuan Malaysia beserta Sarawak, dan Singapura pada 16 September 1963.Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang terletak di Residensi Pantai Barat Sabah. Semasa zaman penjajahan British, Kota Kinabalu dikenali sebagai Jesselton.
 Sistem Pemerintahan di Sabah
Sebelum abad ke-16, Sabah tidak mempunyai pemerintahan beraja menyebabkan system pemerintahan di Sabah terbahagi kepada tiga iaitu sistem politik kesukuan, sistem politik kesultanan dan sistem politik ketua babas.
Sabah telah ditakhluki oleh Kesultanan Brunei pada abad ke-17. Bagaimanapun, apabila Brunei dilanda perebutan kuasa dari tahun 1662.  Sultan Muyiddin menyerahkan kawasan timur laut Brunei kepada Sultan Sulu, akibatnya Sabah diperintah oleh dua kuasa, Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu.
Kedatangan Penjajah
 Dalam 1775, Syarikat Hindia-Timur British membuka tempat perdagangan di Pulau Balembangan. Bagaimanapun, Sabah telah ditadbir dengan jayanya oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British dari 1881 hingga 1942 apabila tentera Jepun menduduki negeri ini. Selepas kehancuran akibat peperangan, Sabah jadi jajahan British apabila ia mencapai pemerintahan sendiri dari pihak British. Pada 16 September 1963, Sabah bersama Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu menjadi Persekutuan Malaysia.
Pada waktu sebelum abad ke-6, kawasan yang kini dikenali sebagai Sabah, Brunei, dan Sarawak adalah berpusat pada kerajaan Brunei dan kerajaan Brunei juga merupakan pusat perdagangan dengan China.  Wilayah yang kini dikenali sebagai Sabah ini juga dipengaruhi oleh dua kuasa besar pada waktu itu, iaitu Sriwijaya di Sumatra dan kesultanan Sulu di Kepuluan Filipina. Hal ini menyebabkan Sabah berada dalam keadaan yang aman berikutan kedua-dua kuasa besar ini tidak mahu bergaduh.
Sabah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (British North Borneo Chartered Company) pada 1881 dan menjadi sebuah negeri naungan Empayar British pada 1888. Walaubagaimanapun hal ehwal dalam negeri masih diselaraskan oleh Syarikat. Pemerintahan Syarikat tamat pada 1946 dan ia menjadi tanah jajahan Borneo Utara. Penyerahan North-Borneo oleh pihak BNBCC adalah telah melanggar syarat "Perjanjian Pajakan/Sewaan Wilayah North-Borneo" yang telah termeterai diantara Sultan Sulu dan Mr.Barron de Overback & Mr.Alfred Dent, yang telah membentuk Syarikat Berpiagam dan akhirnya wilayah North-Borneo diletak dibawah naungan pihak British. Namun begitu, kedaulatan North-Borneo masih berada di atas kuasa Kesultanan Sulu. Kuasa pihak British ke atas North-Borneo hanyalah sebagai "Pelindung & Pentadbir"(Proctorate & Administrator) termasuk sehingga penyertaanya dalam Persekutuan Malaysia beserta Sarawak, dan Singapura pada 16 September 1963.
Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang terletak di Residensi Pantai Barat Sabah.

Politik di Sabah
Sebagai sebuah negeri di Persekutuan Malaysia, Sabah  mengamalkan sistem demokrasi. Pilihan Raya Umum diadakan setiap lima tahun untuk memilih kedua-dua wakil negeri dan wakil negara.
Kerajaan negeri sekarang dikuasai oleh Barisan Nasional (BN), sebuah Parti Campuran yang terdiri daripada pelbagai parti etnik utama, iaitu UMNO, Sabah Progressive Party (SAPP), Organization Pasokmomogun KadazanDusun Murut (UPKO), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).
Satu ciri daripada politik Sabah yang luar biasa ialah dasar yang diasaskan oleh Barisan Nasional pada 1994 Jawatan Ketua Menteri digilir antara parti-parti komponennya setiap dua tahun, tidak mengira mana satu parti yang berkuasa pada sesuatu masa. Oleh sebab itu, setiap kelompok etnik akan mendapat tempuh yang sama untuk memerintah negeri. Penyusunan ini juga melemahkan kuasa kerajaan negeri yang dahulu sentiasa bertentang dengan kerajaan pusat di Kuala Lumpur. Sistem ini juga memberi kuasa yang lebih banyak kepada kaum Melayu yang merupakan kaum minoriti untuk memansuhkan undang-undang tempatan yang diperkenalkan oleh pihak KadazanDusun  yang merupakan kaum majoriti. Walaubagaimanapun, penyusunan ini telah ditamat semasa UMNO memegang jawatan itu dengan kuasa sekarang dipegang olehnya. Ini telah menimbulkan pertentangan pendapat dan oleh sebab itu, terdapatnya perasaan kecewa yang meluas dan pembangkangan yang tidak berkesan pada pilihan raya umum 2004.
Dewan Undangan Negeri sekarang didominasikan oleh Barisan Nasional dengan cuma satu kerusi pembangkang sahaja yang dipegang oleh calon bebas. Keputusan daripada pilihan raya 2004 ini disebabkan oleh perasaan secara umum yang mana kebanyakan pengundi enggan mengundi kerana kemenangan BN terjamin dan juga sebab mereka tidak percaya kepada parti-parti pembangkang, kebanyakannya tidak begitu aktif sebelum pilihan raya. Seterusnya, ramai pengundi yang mengundi calon bebas.
Serupa dengan politik Malaysia, politik Sabah merupakan politik yang mengikut dasar parti. Usaha baru-baru ini oleh PBS, sebuah parti komponen BN, untuk bekerjasama dengan seorang calon pembangkang di dalam Dewan Undangan Negeri (seorang bekas ahli UMNO yang menjadi calon bebas kerana tidak dilantik untuk pilihan raya oleh partinya) dalam percubaan dwipartisan  yang tidak pernah berlaku dahulu telah dikritik dengan keras oleh UPKO, sebuah parti komponen BN yang lain.
Walaupun Sabah memasuki Persekutuan Malaysia sebagai sebuah Negeri Autonomi tentangan kepada tekanan dari Kuala Lumpur untuk mewujudkan sebuah negara kesatuan Islam yang dikuasai oleh kaum Melayu telah menyebabkan pergeseran yang agak besar dan kekadangnya panggilan untuk pemisahan. Ketegangan ini juga ditambah oleh Pemikiran Jajahan Kuala Lumpur terhadap Sabah yang mana 95% daripada keuntungan daripada sumber semulajadi Sabah yang kaya diambil oleh kerajaan pusat dengan ketinggalan cuma 5% untuk kerajaan negeri. Selain daripada kawalan imigeresen yang pada nama sahaja berasingan, tiadanya bukti yang tinggal terhadap autonomi Sabah.
UMNO telah mencapai kuasa dengan pantas sejak kemasukannya ke Sabah pada tahun 1991. Sebelum ini, UMNO tidak mengambil bahagian dalam kedua-dua negeri di Malaysia Timur.
Ekonomi Sabah
Sabah merupakan negeri kedua paling besar di Malaysia dengan keluasan tanah 73,610 km persegi. Sabah kaya dengan sumber-sumber semulajadi seperti hutan, galian, fauna, flora hinggalah ke hidupan laut. Lebih kurang 60 peratus daripada tanahnya diliputi dengan hutan rimba manakala kawasan tanah pertanian merangkumi 30 peratus. Sumber perhutanan dan pertanian adalah penyumbang utama kepada sumber pendapatan negeri Sabah. Bahan mentah seperti minyak, tembaga, emas dan batu kapur juga didapati dinegeri ini.
Ekonomi negeri Sabah bergantung kepada ekspot komoditi utamanya seperti minyak kelapa sawit, koko, getah, petroleum, kayu balak dan papan lapis. Sektor pengekspotan membentuk 70 peratus daripada jumlah pengeluaran. Pada masa kini, negeri Sabah merupakan pengeluar utama minyak kelapa sawit dan koko diseluruh Malaysia. Selain daripada sektor kayu-kayan dan pertanian, sektor perkilangan dan pelancongan juga berkembang pesat dan bertambah penting sebagai sumber ekonomi negeri Sabah.
Hampir 1/7 daripada kawasan Sabah adalah sesuai untuk pertanian. Dari segi penggunaan tanah, 12.9% telah digunakan7untuk pertanian; 42.9% adalah pemeliharaan hutan; 1.2% untuk perikanan; 2.6% hidupan liar; 3.6% taman-taman negara dan 36.8% untuk lain-lain.
Walaupun ia kaya dengan sumber semula jadi, kini Sabah adalah negeri yang termiskin di kalangan negeri-negeri Malaysia. Pendapatan puratanya pada sekarang adalah di kalangan negeri Malaysia yang paling rendah, sedangkan kos sara hidupnya lebih tinggi daripada Semenanjung Malaysia.
Pada 2000, kadar pengangguran Sabah ialah 5.6 peratus, yakni yang tertinggi di Malaysia dan merupakan dua kali ganda purata nasional sebanyak 3.1 peratus. Tahap kemiskinannya sebanyak 16 peratus merupakan tahap yang tertinggi di Malaysia, yakni lebih daripada tiga kali purata nasional. Sebahagian daripada masalahnya ialah pembahagian kekayaan yang tidak saksama di antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Kerajaan pusat mengambil 95% daripada pendapatan negeri Sabah dan meninggalkan cuma 5% untuk keperluan tempatan.
Budaya di Sabah
Sabah merupakan sebuah negeri di bawah pemerintahan kerajaan pusat iaitu, Malaysia. Sabah pada asalnya merupakan kawasan jajahan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu sebelum diletakkan di bawah kawalan Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan kemudiannya bergabung dengan Tanah Melayu dan Sarawak untuk membentuk kerajaan pusat Malaysia.
Menarik mengenai negeri Sabah ia dalah kepelbagaian suku kaum di samping penggunaan bahasa yang tersendiri mengikut kaum. Antaranya ialah suku kaum KadazanDusun (majoriti), Murut, Melayu Sabah (Bugis) China, Bisaya, Bajau dan sebagainya. Di negeri ini terdapat 45 etnik yang berlainan.
Budaya adalah amalan yang dikongsi bersama dan menjadi satu ikutan bagi semua golongan atau masyarakat dalam sesebuah tempat. Jika betul bagi tanggapan masyarakat pengamalnya maka ia akan menjadi satu teras ikutan genarasi yg akan datang. Selain itu Sabah juga terkenal dengan makanan lautnya.
Datuk Seri Dr Rais Yatim selaku Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan mencadangkan budaya negeri Sabah didokumentasikan. Discovery Channel atau National Geographic tentu berminat untuk membelinya jika dipersembahkan dengan cara dan gaya yang artistik. Ia juga menepati Gagasan 1 Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


Identiti Sabah
 Bendera
Bendera Sabah
Bendera negeri Sabah bersegi panjang berukuran 1:2. Di sudut sebelah atas bendera berwarna biru cerah menjadi latar belakang lukisan grafik bayangan Gunung Kinabalu  berwarna biru tua meliputi suku bahagian bendera ini.
Bahagian hujung bendera yang berkibar dihiasi tiga jalur yang sama besar. Jalur atas berwarna biru muda, jalur tengah berwarna Putih dan jalur bawah berwarna merah cili.
Warna biru muda melambangkan keamanan dan kesejahteraan, putih melambangkan kesucian dan keadilan, manakala merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan. Warna biru cerah menunjukkan perpaduan dan kemakmuran sementara biru tua melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama. Kelima-lima warna yang menghiasi bendera ini mewakili lima bahagian yang terkandung dalam Negeri Sabah. Lukisan grafik berbentuk Gunung Kinabalu pula melambangkan Kerajaan Negeri Sabah.
Jata
Jata Sabah
Sepasang tangan yang menjulang megah bendera negeri Sabah menghiasi lencana ini melambangkan semangat perpaduan erat dan kerjasama yang lama terjalin di kalangan rakyat pelbagai kaum demi mencapai kemajuan dan kejayaan bagi negeri Sabah.
Sebarisan lima warna di bawah sepasang tangan tersebut merupakan lima bahagian 'bahagian' yang terkandung dalam negeri Sabah.
Warna biru muda melambangkan keamanan dan kesejahteraan, putih melambangkan kesucian dan keadilan, merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan, warna biru cerah melambangkan perpaduan dan kemakmuran sementara biru tua melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama rakyat.
Lukisan grafik berbentuk bayangan Gunung Kinabalu pula melambangkan Kerajaan Negeri Sabah. Di bahagian bawah jata ini, terdapat cogan kata negeri Sabah, iaitu Sabah Maju Jaya.
Lagu
‘Sabah Tanah Airku’
Sabah tanah airku,
Negeri kita yang tercinta
Pemuda pemudi Semua marilah
Bangunlah bersatu semua
Marilah bersama serta maju jaya
Merdeka sepanjang masa
Bersatu segala bangsa sentosa
Sabah negeri merdeka
Lagu ini berunsur patriotik bagi menanam semangat kerjasama dan bersatu ke arah kemajuan di samping memperingati kemasukan negeri Sabah ke dalam gugusan merdeka bersama-sama negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia termasuklah Sarawak pada tahun 1963.
Lagu ciptaan H.B. Hermann dari Jalan Geylang, Singapura telah dipilih dan diisytiharkan sebagai lagu Sabah. H.B. Hermann adalah seorang pemain biola profesional yang telah mendapat pendidikan awal di Warsaw, Poland dan sebelum berhijrah ke Singapura pernah mengembara ke Jerman, Rusia dan Siberia untuk mengadakan pertunjukan opera dan muzik.
Bunga rasmi
Fail:Rafflesia 80 cm.jpg
Bunga Patma Raksasa
Bunga Patma merupakan bunga terbesar di dunia, dan bunga Patma spesies Rafflesia arnoldii (Patma Raksasa) merupakan yang terbesar di dunia dengan saiz 91 centimeter (3 kaki) diameter, 1.9 cm (3/4 inci) tebal dengan berat 7 kilogram (15 lbs). Bunga Patma yang pertama telah direkodkan oleh Sir Stamford Raffles dan Dr Joseph Arnold pada tahun 1816. Bunga Patma spesies itu diberi nama Rafflesia arnoldii sempena nama mereka. Bunga Patma itu dijumpai di bandar Bengkulu (Bencoolen) di Sumatera.

1 comment:

  1. The Online Casino In India | Betway, Ganesha, Saja
    Betway, Ganesha, Saja. 1xbet korean This site has to be checked regularly and verified as verified by the official e-mail. If you 바카라 사이트 are kadangpintar a frequent visitor of Betway,

    ReplyDelete