Monday, April 9, 2012

Karl Marx




1.0  Pengenalan
Karl Marx dilahirkan pada 5hb Mei 1818, di bandar Trier, Prusia Rhenis. Bapanya merupakan seorang peguam keturunan Yahudi, yang pada tahun 1824 menganut Protestanisme. Hirschel Marx adalah seorang peguam dan melarikan diri daripada anti-Semitisme dengan memutuskan untuk meninggalkan kepercayaan Yahudi semasa Karl Marx kecil lagi. Walaupun majoriti orang yang hidup dalam kalangan Trier adalah penganut Katolik, Herschel Marx memutuskan untuk menjadi Protestan.  Keluarganya agak kaya, beradat, tetapi bukannya revolusioner. Bapa Karl Marx menukar namanya dari Hirschel kepada Heinrich. Apabila bersekolah di Trier sekitar tahun 1830-1835, Karl Marx memasuki Universiti Bonn dan mengambil kursus  undang-undang. Selepas mendapat ijazah di Gymnasium, Trier, Marx memasuki universiti, pertama sekali di  Bonn dan kemudiannya di Berlin, di mana dia mempelajari perihal perundangan, dengan major dalam sejarah dan falsafah. Dia menamatkan kursus universiti pada tahun 1841, dengan tesis kedoktoraan mengenai falsafah Epicurus.

Karl Marx dididik di bawah pengaruh Ludwig Feuerbach dan pengikut Hegel yang radikal. Walaupun beliau berkongsi kepercayaan Hegel dalam struktur dialektik, Marx tetap berpendapat bahawa asas realiti yang terletak dalam bahan asas ekonomi dan bukannya dalam pemikiran abstrak falsafah idealistik. Beliau memperoleh ijazah doktor falsafah di Jena pada tahun 1841, menulis materialisme dan ateisme Yunani. Beliau mengasaskan akhbar radikal, Rheinische Zeitung, penyertaan Marx dalam pergerakan politik pada masa itu kurang popular.
Teras analisis ekonomi Marx mendapati ungkapan awal dalam Manuskrip Ekonomi dan Politik bagi tahun 1844. Karl Marx memperdebatkan bahawa keadaan masyarakat perindustrian moden tetap menyebabkan kerenggangan pekerja dari pekerjaan mereka sendiri. Dalam kajian semula sebuah buku Baier Bruno, On The Jewish Question (1844), Marx terpengaruh ke atas politik dan mencadangkan satu revolusi penstrukturan semula masyarakat Eropah. Karl Marx membuat penjelasan sistematik teori ekonomi dalam Das Capital (Modal) (1867-1895) dan Theorien Uber den Mehrwert (Teori Nilai Lebihan) (1862).
Karl Marx mengasaskan Manifes der kommunistischen Partei (Manifesto Komunis) pada tahun 1848 dengan harapan yang jelas berlakunya revolusi sosial. Manifesto Karl Marx ini menerangkan perjuangan kelas di antara proletariat dan borjuasi, membezakan komunisme dari pergerakan sosialis lain, mencadangkan senarai reformasi sosial yang khusus, dan menggesa semua pekerja bersatu dalam revolusi terhadap rejim yang sedia ada.

2.0  SEJARAH HIDUP KARL MARX
Selepas mendapat ijazah, Marx berpindah ke Bonn, dengan harapan menjadi seorang profesor. Namun, dasar reaksioner kerajaan yang menyingkirkan Ludwig Feuerbach daripada jawatan pengerusi pada tahun 1832, menyebabkan beliau tidak dapat kembali ke universiti pada tahun 1826, dan pada tahun 1841 menghalang Profesor Bruno Bauer untuk berceramah di Bonn, memaksa Marx melepaskan idea kerjaya akademik. Pengaruh Hegelian daripada Persatuan Sayap Kiri semakin tersebar meluas di Jerman pada masa itu. Ludwig Feuerbach mulai mengkritik teologi selepas tahun 1836, dan berpaling kepada materialisme pada tahun 1841 yang mendapat keutamaan dalam falsafah beliau The Essence of Christianity. Tahun 1843 menyaksikan kemunculan karya Feuerbach, Principles of the Philosophy of the Future. Pada masa itu, beberapa orang borjuasi radikal di Rhineland, yang berhubungan dengan Hegelian menjadi akhbar pembangkang bertajuk Rheinische Zeitung terbitan pertama dikeluarkan pada 1hb Januari 1842. Karl Marx dan Bruno Bauer diundang untuk menjadi penyumbang utama, dan pada bulan Oktober 1842 Marx menjadi penyunting utamanya. Aliran revolusioner-demokratik akhbar tersebut menjadi semakin mendapat perhatian di bawah penulisan Marx, dan pihak kerajaan menekankan penapisan sebanyak tiga kali sebelum menyiarkannya di mana-mana media, pada 1hb Januari 1843, kerajaan mengambil keputusan untuk mengharamkannya dan menghentikan penerbitan pada bulan Mac 1843. Daripada rencana utama yang disumbangkan oleh Marx dalam Rheinische Zeitung, adalah rencana mengenai keadaan petani-petani yang menanam wain di Lembah Moselle.
Pada tahun 1843, Marx mengahwini Jenny von Westphalen di Kreuznach, seorang kawan sejak muda telah bertunang semasa beliau sedang belajar. Isterinya datang dari keluarga bangsawan Prusia yang reaksioner, dengan abangnya menjadi Menteri Dalam Negara Prusia sekitar tahun 1850-1858. Pada musim luruh tahun 1843, Marx melawat Paris untuk menerbitkan jurnal radikal di luar negara.
Pada bulan September 1844, Frederich Engels melawat Paris selama beberapa hari, sejak itu menjadi sahabat karib Marx. Mereka berdua mengambil bahagian aktif dalam, mencetuskan revolusi, kumpulan-kumpulan revolusioner di Paris pada masa itu merupakan doktrin Proudhon, Karl Marx mengkritik dengan tajam dalam Poverty of Philosophy, 1847. Dalam memperjuangkan pertempuran yang nekad menentang pelbagai doktrin sosialisme borjuasi kecil, mereka menghasilkan teori dan taktik sosialisme proletariat revolusioner, atau komunisme (Marxsisme).
Disebabkan  desakan berterusan Kerajaan Prusia, Marx dibuang negari dari Paris pada tahun 1845, sebagai seorang revolusioner bahaya. Dia berpindah ke Brussels. Pada musim bunga tahun 1847, Marx dan Engels menjadi ahli masyarakat propaganda rahsia yang dinamakan Liga Komunis mereka mengambil peranan penting dalam Kongres Liga Kedua di London, November 1847, mereka menghasilkan Manifesto Communist yang muncul pada bulan Februari 1848. Dengan penjelasan dan kebijaksanaan seorang genius, karya ini menggariskan konsep dunia baru materialisme yang memupuk arena kehidupan sosial, dialektik, sebagai doktrin perkembangan yang paling menyeluruh dan mendalam teori perjuangan jelas dan peranan revolusioner bersejarah dalam dunia proletariat iaitu pencipta masyarakat komunis baru.
Semasa letusan Revolusi Februari 1848, Marx dibuang negara dari Belgium. Dia kembali ke Paris, selepas Revolusi Mac, dia berpindah ke Cologne, Jerman, di mana Neue Rheinische Zeitung diterbitkan dari 1hb Jun 1848 sehingga 19hb Jun 1849, dengan Marx sebagai penyunting utama. Teori baru tersebut disahkan dengan baik sekali oleh aliran peristiwa-peristiwa revolusioner tahun 1848-1849, sebagaimana ia telah disahkan oleh kesemua gerakan proletariat dan demokratik di negara-negara di seluruh dunia. Hidupan dalam buangan negara politik merupakan salah satu kesusahan yang dialami oleh Marx, ianya terkandung dalam penulisan Marx dan Engels diterbitkan pada tahun 1913. Kemiskinan membebankan Marx dan keluarganya, jika bukan kerana bantuan kewangan berterusan oleh Engels, Marx sudah pasti tidak dapat menyempurnakan Capital bahkan juga menyebabkan hasratnya tidak tercapai. Lebih-lebih lagi, doktrin-doktrin dan aliran-aliran sosialisme borjuasi kecil yang bermaharajela, dan sosialisme bukan proletariat secara umumnya memaksa Marx untuk memperjuangan pertempuran berterusan dan tanpa belas kasihan dan kadang-kala untuk menentang serangan-serangan peribadi yang paling ganas dan keji. Karl Marx tetap berdiri dengan teguh, memperkembangkan teori materialis dalam beberapa karya bersejarah, dengan memberikan dirinya secara umumnya kepada ekonomi politik. Marx merevolusikan sains ini dalam karyanya, Contribution to the Critique of Political Economy 1859 dan Capital 1867.
Kebangkitan gerakan-gerakan demokratik pada hujung tahun 1850-an dan pada tahun 1860-an memanggil semula Marx bergiat semula dalam aktiviti politik. Pada 28 September 1864, Pertubuhan Pekerja Antarabangsa, Internasional Pertama yang terkenal diasaskan di London. Marx menjadi hati dan jiwa pertubuhan ini, dan merupakan pengarang Kenyataan  pertamanya dan pelbagai resolusi-resolusi, deklarasi dan manifesto yang lain. Dalam menyatukan gerakan pekerja dari pelbagai negara, beliau berusaha untuk menyalur pelbagai bentuk sosialis bukan proletariat dan pra-Marxsis ke dalam aktiviti bersama dan dalam menentang teori-teori kesemua kumpulan dan sekolah tersebut, Marx menghasilkan taktik seragam bagi perjuangan proletariat. Berikutan kejatuhan Komunis Paris 1871 bagimana Marx menjalankan kajian baik sekali, jelas, bijaksana, mantap dan revolusioner (The Civil War in France, 1871) dan jurang yang disebabkan oleh Bakunin dalam Internasional, pertubuhan tersebut tidak lagi dapat wujud di Eropah. Selepas Kongres Internasional di Hague (1872), Marx menyarankan pemindahan Majlis Umum Internasional ke New York. Internasional Pertama telah memainkan peranan bersejarahnya, dan kini membuka jalan bagi zaman perkembangan gerakan pekerja yang lebih pesat di kesemua negara di dunia, zaman yang melihat gerakan tersebut membesar dalam pandangan, dan parti-parti kelas pekerja sosialis jelata di negara-negara individu dibentukkan.
Disebabkan faktor kesihatan Marx dilemahkan oleh usaha gigih dalam kerjaya teorinya. Dia meneruskan usaha untuk mengubahsuai ekonomi politik dan selepas penghabisan Capital, dia mengumpul bahan-bahan baru dan mengkaji beberapa bahasa baru seperti Bahasa Rusia. Isterinya meninggal dunia pada 2hb Disember, 1881, dan pada 14hb Mac, 1883, Marx meninggal dunia dengan damai pada kerusinya. Dia dikuburkan di sisi isterinya di Kuburan Highgate di London. Beberapa org lagi anak-anak Karl Marx meninggal dunia pada usia muda di London, apabila keluarga mereka hidup dalam keadaan melarat. Tiga anak perempuan mengahwini sosialis Inggeris dan Perancis, Eleanor Aveling, Laura Lafargue dan Jenny Longuet. Anak Jenny Longuet adalah ahli Parti Sosialis Perancis.

3.0  HASIL KARYA KARL MARX
Marxsisme adalah sistem pandangan dan ajaran Marx. Marx merupakan seorang genius yang meneruskan dan mengukuhkan tiga aliran ideologi utama pada abad ke-19, seperti yang diwakili oleh tiga negara manusia yang paling maju, falsafah Jerman klasik, ekonomi politik Inggeris klasik, dan sosialisme Perancis bergabung dengan doktrin-doktrin revolusioner Perancis secara umum. Diakui malah oleh pihak penentangnya, kedalaman dan ketekunan menakjubkan pandangan Marx, yang keseluruhannya mewakili materialisme moden dan sosialisme saintifik moden, sebagai teori dan rancangan gerakan kelas pekerja di kesemua negara bertamadun di dunia, menjadikannya kemestian bagi memberikan garis panduan ringkas mengenai konsep dunia belum secara umum, sebelum memberikan penjelasan mengenai isi kandungan utama Marxsisme, iaitu, doktrin ekonomi Marx.
Bermula dari tahun 1844-1845, apabila pandangannya mengambil bentuk, Marx merupakan seorang materalis dan khususnya pengikut Ludwig Feuerbach, dan kelemahannya Marx kemudiannya melihat hanya dalam konsep materialisme-nya yang tidak cukup mantap dan mendalam. Pada abad kelapan-belas, terutamanya materialisme Perancis, bukan sahaja merupakan perjuangan menentang pertubuhan-pertubuhan politik dan menentang agama dan teologi, tetapi juga menentang segala metafizik dari segi ‘spekulasi khayalan’ seperti yang berbeza daripada ‘falsafah sedar’. Marx menulis proses pemikiran hasil daripada Idea, beliau mengubah menjadi subjek bebas, pencipta dunia sebenar, yang sempurna adalah tidak lain daripada dunia materialis dicerminkan oleh minda manusia, dan diterjemahkan ke dalam bentuk-bentuk pemikiran. Dalam aliran yang sama sepenuhnya dengan falsafah materialis Marx ini disokong kuat oleh Frederick Engels yang menulis dalam Anti-Duhring, Perpaduan dunia tidak terdiri dalam kewujudkan dunia Perpaduan sebenat dunia terdiri dalam sifat materialnya, dan ini dibuktikan oleh perkembangan falsafah dan sains semulajadi yang lama. Gerakan adalah cara kewujudan jisim. Tidak pernah dimana terdapatnya jisim tanpa gerakan atau gerakan tanpa jisim, dan ia tidak sepatutnya berlaku persoalan apakah pemikiran dan kesedaran sebenarnya, dan ia datangnya dari mana ia menjadi jelas bahawa ianya adalah hasil otak manusia dan bahawa manusia sendiri adalah hasil Alam yang telah berkembang dalam selaras dengan alam semulajadinya maka, ia adalah jelas bahawa hasil daripada pemikiran manusia, dalam kajian terakhir sebagai hasil Alam, bukan bercanggah dengan hubungan Alam yang lain tetapi adalah sejajar dengannya.

3.1  Dialektik
Sebagai doktrin kemajuan yang paling menyeluruh dan mendalam, yang paling terbaik pernah dihasilkan dialektik Hegelian dianggap oleh Marx dan Engels sebagai pencapaian terbaik falsafah Jerman klasik. Mereka berpendapat bahawa mana-mana formulasi prinsip mengenai kemajuan, mengenai evolusi, adalah tidak adil dan hanya dapat memesongkan aliran kemajuan sebenar dalam Alam dan masyarakat. Alam adalah bukti dialektik, dan ia perlu dikatakan bagi sains semulajadi moden bahawa ia telah memberikan bahan-bahan yang pelbagai dan istemewa dan maka ini membuktikan bahawa dalam kajian terakhir, proses Alam adalah bersifat dialektik dan bukannya metafizik semata-mata.
Aspek revolusioner dalam falsafah Hegel ini dipupuk dan diperkembangkan oleh Marx. Materialisme dialektik yang tidak memerluka apa-apa falsafah berdiri di atas kajian melalui sains yang lain. Dari falsafah pada mulanya terdapat sains pemikiran dan hukum logik dan dialektik. Dialektik menurutpemahaman Karl Marx, dan juga selari dengan Hegel, melibatkan apa yang kini dinamakan teori pengetahuan, atau epistemologi, yang juga perlu dianggap perihal subjeknya secara bersejarah, mengkaji dan mengumumkan punca dan kemajuan pengetahuan, peralihan dari bukan pengetahuan kepada pengetahuan.
Pada masa itu, idea evolusi telah hampir sepenuhnya memasuki tahap kesedaran sosial, diilhamkan dengan pelbagai keadah, dan bukannya hanya melalui falsafah Hegelian. Namun, idea ini, seperti yang diterajui oleh Marx dan Engels mengambil dasar falsafah Hegel, adalah lebih mendalam dan jauh lebih kaya dalam kandungan daripada aliran idea evolusi mutakhir. Sesuatu kemajuan yang berulang-ulang, walaupun sudah berlalu, tetapi diulangi atau dilahirkan pada cara yang berlainan dengan keadah yang lebih maju lagi, sesuatu kemajuan, yang berlaku dalam kitaran, bukannya mengikut garis lurus, terdapat jurang dalam kitaran tersebut ianya mengalami perubahan kuantiti menjadi kualiti. Unsur-unsur dalam menuju kemajuan, diperolehi melalui percanggahan dan konflik pelbagai kuasa dan aliran bertindak pada badan tertentu, atau di dalam fenomena mahupun dalam masyarakat tertentu. Kebergantungan dan hubungan paling rapat tidak dapat dipisahkan di antara kesemua aspek dari mana-mana hubungan fenomena yang memberikan proses gerakan seragam dan proses yang mengikut hukum-hukum tertentu.

3.2  Konsep Sejarah Materialis
Kesedaran mengenai sifat tidak berterusan, tidak sempurna, dan berat sebelah materialisme lama meyakinan Marx mengenai keperluan membawa sains masyarakat ke dalam perpaduan dengan dasar materialis.  Oleh kerana materialisme secara umumnya menjelaskan kesedaran sebagai hasil kewujudan, dan bukan sebaliknya, maka materialisme diamalkan kepada kehidupan sosial umat manusia perlu menjelaskan kesedaran sosial sebagai hasil kewujudan sosial. Teknologi mendedahkan cara manusia menangani Alam, dengan proses pengeluaran serta-merta melalui mana dia mengekalkan kehidupannya, dan dengan itu juga mendedahkan cara pembentukan hubungan-hubungan sosialnya, dan konsep-konsep mental yang terkandung di dalamnya. Dalam penjelasan melalui Contribution to the Critque of Political Economy, Karl Marx memberikan keterangan penting mengenai prinsip-prinsip materialisme yang diamalkan kepada masyarakat manusia dan sejarahnya.
Penemuanan konsep sejarah materialis atau lebih tepat lagi dengan penerusan dan perluasan berterusan materialisme ke dalam arena fenomena sosial, menghapuskan dua kelemahan utama dalam dua teori sejarah awal. Dalam tempat pertama, teori sejarah awal itu hanya mengkaji motif-motif ideologi dalam aktiviti-aktiviti bersejarah umat manusia, tanpa mengkaji punca motif-motif tersebut, atau menentukan hukum-hukum objektif yang memerintah perkembangan sistem hubungan sosial. Kedua, teori-teori yang lebih awal tidak merangkumi aktiviti masyarakat, manakala materialisme bersejarah memungkinkan buat kali pertama dikaji dengan ketepatan saintifik, hubungan-hubungan sosial kehidupan rakyat, dan perubahan dalam pelbagai keadaan. Pada tahap terbaik, ‘sosiologi’ Marxsis membawa perkiraan mengenai fakta-fakta kurang releven dan sesuatu penjelasan mengenai aspek-aspek proses sejarah individu. Dengan mengkaji seluruh aliran-aliran yang bercanggah, dengan menerangkannya kepada keadaan hidup pelbagai kelas masyarakat yang dapat ditentukan dengan terperinci dan mengetepikan subjektifisme dalam pemilihan idea tertentu mendedahkan bahawa kesemua idea dan segala aliran berpunca dari keadaan kuasa pengeluaran materialis, Marxsisme menandakan jalan menuju kajian menyeluruh dan mendalam mengenai proses kebangkitan, kemajuan dan kemerosotan sistem sosio-ekonomi.

4.0  SUMBANGAN KARL MARX
Marxsisme telah memberikan panduan tentang teori perjuangan kelas, menghapuskan hukum-hukum pemerintahan yang mengelirukan dan bersifat penindasan. Ia hanyalah kajian perjuangan kesemua ahli sesebuah masyarakat atau kumpulan masyarakat yang dapat membawa penghuraian saintifik mengenai hasil perjuangan beliau. Perjuangan yang bercanggah berpunca dari perbezaan dalam kedudukan dan cara kehidupan kelas-kelas ke dalam mana masyarakat dibahagikan. Menurut Karl Marx sejarah kesemua masyarakat yang sedia ada adalah sejarah perjuangan kelas, Marx menulis dalam Communist Manifesto, “Orang bebas dan hamba, bangsawan dan golongan bawahan, tuan dan serf, ahli tukang dan pembantu tukang”, pendek kata penindas dan yang tertindas sentiasa berdiri dalam tentangan di antara satu sama lain, cuba mendapatkan hak mereka secara berterusan, sama ada secara bawah tanah, secara terbuka, setiap kali sesuatu revolusi yang berakhir akan berlaku penyusunan semula masyarakat secara berevolusi, atau dalam kehancuran bersama-sama kelas-kelas yang saling bercanggah itu. Masyarakat borjuasi moden yang telah berkembang dari kejatuhan masyarakat feudal yang gagal membasmikan penentangan-penentangan kelas. Ia telah mendirikan kelas-kelas baru, bentuk perjuangan baru yang menggantikan bentuk-bentuk lama.
Namun, pada masa zaman borjuasi, menunjukkan sifat yang istimewa, ia telah meringkaskan penentangan-penentangan kelas. Masyarakat secara keseluruhan semakin bercerai ke dalam dua cabang bermusuhan besar, ke dalam dua kelas besar yang berhadapan dengan satu sama lain, Borjuasi dan Proletariat. Sejak Revolusi Perancis, sejarah Eropah telah mendedahkan apa yang sebenarnya terletak di bawah peristiwa perjuangan kelas. Zaman Pemulihan  di Perancis melahirkan beberapa ahli sejarah seperti Thierry, Guizot, Mignet dan Thiers, dalam menyimpulkan apa yang berlaku, mereka mengakui bahawa perjuangan kelas merupakan kunci kepada sejarah Revolusi Perancis. Zaman moden iaitu kejayaan sepenuhnya borjuasi.
Pendekatan Karl Marx kepada politik masih dipengaruhi dengan mendalam oleh falsafah. Karl Marx berfikir dari segi hubungan di antara falsafah dan kelas pekerja, persekutuan di mana falsafah akan memainkan peranan kepimpinan. Dia memanggil para pekerja sebagai unsur pasif dalam revolusi dan menulis bahawa “kepala pembebasan ini adalah falsafah, hati pembebasan ini adalah proletariat” (CW III 183, 187).  Marx dan Engels percaya bahawa penyelesaian yang paling radikal kepada soalan ini, ialah menubuhkan republik demokratik revolusioner mengikut contoh Republik Perancis Pertama yang ditubuhkan pada tahun 1790-an, akan menyebelahi kepentingan kelas pekerja, kerana ia akan memberikan luahan paling jelas kepada perjuangan kelas di antara tenaga pekerja tanpa dibelenggu oleh sistem feudal. Isu diutarakan dengan paling jelas di Jerman, yang kekurangan keadaan paling asas bagi penubuhan negara borjuasi, iaitu perpaduan kebangsaan. Halangan utama kepada revolusi borjuasi demokratik di Jerman dan di Eropah secara umumnya merupakan Rusia Tsaris, yang telah menggunakan tentera petani yang besar untuk menghancurkan revolusi-revolusi pada tahun 1848.
Maka, Marx dan Engels telah mempertimbangkan gerakan-gerakan kebangsaan dari sudut pandangan cara ia bersesuaian dengan aliran kuasa-kuasa di Eropah, melalui hubungan mereka dengan negara-negara yang merupakan barisan hadapan revolusi demokratik borjuasi menentang Rusia dan sekutu-sekutunya. Pada tahun 1849, Engels telah mengajukan “persekutuan kaum-kaum revolusioner menentang kaum-kaum kontra-revolusioner, sesuatu persekutuan yang wujud bukannya pada kertas, tetapi di medan pertempuran” (CW VIII 363).
Kuasa motif intelek dan moral serta penguasa fizikal yang  perubahan ini adalah kaum proletariat, yang telah dilatih oleh kapitalisme sendiri. Perjuangan proletariat menentang pihak borjuasi, yang menemui perluahan dalam pelbagai bentuk yang sangat kaya dalam kandungan, secara tidak dapat dielakkan menjadi perjuangan politik demi rampasan kuasa politik oleh proletariat. Sosialisasi sudah pasti membawa cara-cara pengeluaran menjadi harta milik masyarakat. Peningkatan pesat dalam produktiviti tenaga pekerja, hari bekerja yang lebih pendek, dan penggantian pengeluaran sisa, binasa, skala kecil, kuno dan tidak bersatu oleh tenaga pekerja kolektif dan maju begitulah kesan-kesan terus-menerus perubahan ini.
Pada tahap paling baik, ‘sosiologi’ dan tawarikh pra-Marxsis membawa kepada sesuatu penjelasan mengenai aspek-aspek proses sejarah individu. Dengan mengkaji seluruh aliran-aliran yang bercanggah, dengan mengurangkannya kepada keadaan-keadaan kehidupan dan pengeluaran pelbagai kelas masyarakat yang dapat ditentukan dengan terperinci, dengan mengetepikan subjektifisme dalam pemilihan idea tertentu dalam penjelasannya, dengan mendedahkan kesemua idea dan segala aliran berpunca dari kuasa pengeluaran materialis, Marxsisme menandakan jalan menuju kajian menyeluruh dan mendalam mengenai proses kebangkitan, kemajuan dan kemerosotan sistem sosio-ekonomi.

5.0  Pandangan Mengenai Karl Marx
Karl Marx memberi sumbangan kepada perjuangan menentang kapitalisme, dan demi sosialisme. Beliau berjaya mengubah kepercayaan masyarakat dan meyakinkan mereka bahawa Marx sememangnya tepat, ia juga mesti mengubah amalan masyarakat untuk bangkit menentang pemerintahan kapitalis. Pengenalan daripada sumbangan kepada kritikan falsafah Hegel yang dikemukakan oleh Karl Marx yang memperdebatkan bahawa hanya revolusi boleh mengubah masyarakat merupakan sesuatu yang sangat unik sekali, sehingga melalui falsafah yang diutarakannya menyebabkan pembaharuan yang pesat meliputi seluruh Eropah telah berlaku. Hasil daripada penulisan Karl Mark golongan borjuasi yang menindas rakyat jelata telah ditentang habisan-habisan, melalui ideologi beliau juga telah menyedarkan masyarakat tentang hak-hak mereka.
Petikan berikat dari Manisfesto Komunis oleh Marx menunjukkan tentang apa yang Marx tuntut dari sains sosial berkenaan dengan kajian objektif ke atas kedudukan setiap kelas dalam masyarakat moden, dengan rujukan kepada kajian setiap kelas dalam keadaan-keadaan kemajuan. Di antara kesemua kelas yang berhadapan dengan borjuasi pada hari ini, hanya proletariatlah yang benar-benar sebuah kelas revolusioner. Kelas-kelas yang lain mereput dan akhirnya lesap apabila berhadapan dengan globalisasi, proletariat ada hasilnya yang khas dan mustahak. Kelas menengah bawahan, usahawan kecil, pekedai, tukang, petani, kesemua berjuang menentang borjuasi, untuk menyelamatkan kewujudan mereka sebagai bahagian kelas menengah daripada pupus. Oleh kerana ini, mereka bukanlah bersifat revolusioner, tetapi konservatif. Lebih-lebih lagi, mereka bersifat menentang kemajuan, kerana mereka mencuba memutar balik roda sejarah. Jika secara kebetulan mereka bersifat revolusioner, mereka hanyalah sedemikian akibat pemindahan mereka ke proletariat yang semakin mendekati, maka mereka bukanya mempertahankan masa sekarang mereka, tetapi kepentingan-kepentingan masa depan mereka, iaitu mereka meninggalkan pendirian mereka sendiri untuk menempatkan diri mereka pada pendirian proletariat. Marx memberikan contoh-contoh hebat bagi sejarah materialis, dan kajian mengenai kedudukan setiap kelas individu, dan kumpulan-kumpulan yang berlainan atau lapisan dalam sesebuah kelas, menunjukkan dengan jelas mengapa dan bagaimana setiap perjuangan kelas adalah perjuangan politik.

6.0  Kesimpulan
Adalah jelas bahawa Karl Marx menyimpulkan sifat tidak dapat dielakkan perubahan masyarakat kapitalis menjadi masyarakat sosialis sepenuhnya dan secara eksklusif dari hukum ekonomi kemajuan masyarakat. Sosialisasi tenaga pekerja, yang berkembang dengan semakin pesat dalam seribu bentuk dan telah menonjolkan diri dengan jelas sekali, semasa setengah abad sejak Karl Marx meninggal dunia, dalam pertumbuhan pengeluaran berskala besar, memberikan bahan dasar asas bagi kedatangan sosialisme yang tidak dapat dielakkan.
Teori yang dikemukakan oleh Karl Marx tentang munculnya keadaan dimana buruh atau proletariat mendapat satu pembaharuan dalam kehidupan merekaa. Golongan prolateriat telah mendapat hak yang sepatutnya mereka impikan, mereka bebas daripada cengkaman pihak borjuasi.
Berdasarkan huraian di atas, dapat disimpulkan bahwa ideologi yang dikemukakan oleh Karl Marx dan pengikutnya merupakan sebuah ideologi yang timbul sebagai respon terhadap ideologi kapitalis. Kedua-dua ideologi ini Marxisme dan kapitalis, saling bertentangan satu sama lain. Ideologi yang dikemukakan oleh Karl Marx tersebut lebih menekankan pada sifat kolektivisme, sedangkan ideologi kapitalis lebih menekankan pada sifat individualisme. Pendapat Karl Marx mengenai maksud ideologi dan pelaksanaannya memiliki sisi positif dan sisi negatif. Sisi negatif dari pendapat Karl Marx berasal dari kesimpulan analisis yang dilakukannya. Kesimpulan analisis yang dilakukan oleh Karl Marx menyebutkan bahwa ideologi hanyalah sebuah ilusi, pandangan yang menyesatkan dunia dan kepalsuan.
Tetapi, bagi kami ideologi bukan hanya sebuah ilusi dan kepalsuan, melainkan sebuah pandangan hidup yang merupakan hasil dari pemikiran yang jernih. Pandangan hidup inilah yang akan kita jadikan sebagai prinsip dalam menghadapi berbagai macam permasalahan yang ada dalam kehidupan sehari-hari. Di samping sifat negatif tersebut, pendapat Karl Max juga memliki sifat positif, yaitu lebih menekankan pada sifat kolektivisme pada ideologi yang diterapkannya. Penekanan pada sifat kolektivisme tersebut sangat baik jika diterapkan pada masa sekarang keranak peningkatn tingkat individualisme dalam kehidupan bermasyarakat sekarang ini. Oleh karena itu, penerapan ideologi tersebut dapat memperkecil tingkat individualisme masyarakat.

6.0  RUJUKAN
  1. Seratus Tokoh yang Paling Berpengaruh dalam Sejarah oleh Michael H. Hart, (Online) http://media.isnet.org/iptek/100/KarlMarx.html(9/12/2011)
  2. Social Philosophy Two Marxist Objections to Exploitation Paul Warren, (Online). http://www.bu.edu/wcp/Papers/Soci/SociWarr.htm(9/12/2011)
  3. The History Guide: Lectures on Morden European Intellectual History. (Online) http://www.historyguide.org/intellect/marx.html(12/12/2011).
  4. Marx-Engels Biography KARL MARX by Frederick Engels. (Online) http://www.marxists.org/archive/marx/bio/marx/eng-1869.htm(12/12/2011).
  5. Phylosophy Pages: Britannica Internet Guide Selection(Online) http://www.philosophypages.com/ph/marx.htm(12/12/2011).
  6. Social Philosophy Two Marxist Objections to Exploitation Paul Warren, (Online). http://www.bu.edu/wcp/Papers/Soci/SociWarr.htm
  7. Karl Marx Ringkasan Biografi Pendek Dengan Penerangan Mengenai Marxsisme (Online).



No comments:

Post a Comment